Thursday 25 April 2013

10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Helo peeps;

Kali ni aku nak share dengan korang tentang 10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia..


                                   Mesti terbayang-bayangkan duit bila sebut mahal


okay, keep scroll.

1)  Chernobyl ($200 Billion)

Lokasi:                                                                                    Ukraine, Barat Russia                                                                 Sebab: 
Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl                                                                        Efek:  
50%kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan.Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat  efek seperti kanser disebabkan radiasi.  Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua.Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula. 


2) Space Shuttle Columbia ($13 Billion)

Lokasi:
Columbia
Sebab:
kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi.
Efek:
Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.


3) Prestige Oil Spill ($12 Billion)


Lokasi:
Perairan Galicia, Sepanyol
Sebab:
Meletup disambar kilat 
Efek:
20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.


4) Challenger Explosion ($5.5 Billion)


Lokasi:
NASA
Sebab:
Faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat.
Efek:
Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.


5) Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)


Lokasi:
Block 15, UK Continental Shelf.
Sebab:
Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi.
Efek:
Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.


6) Exxon Valdez ($2.5 Billion)


Lokasi:
Teluk Prince William
Sebab:
Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak
Efek:
Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan  $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.  


7) B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)


Lokasi: 
Guam Airbase
Sebab:
 Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US. 
Efek: 
Kos mahal gilerr!


8MetroLink Crash ($500 Juta)


 Lokasi:
Los Angeles
Sebab:
Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California.
Efek:
Kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera.  Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta. 


9) Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)



lokasi: 
Whiethel Brigde di Jerman.
Sebab:
Pelanggaran kereta dengan tanki minyak
Efek:
Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta. 







10) Titanic ( 150 juta usd)


Lokasi:
 selatan Grand Banks of Newfoundland.
Sebab:
Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama
Efek:
Mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)



Sumber: CariGold

Wednesday 24 April 2013

Pegawai Tadbir Diplomatik Part 2.


Mari-mari..hantar permohonan dan resume lengkap ke alamat wisma putra untuk menjadi salah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik atau nama femes yang biasa orang gelar kalau kerja di bawah Wisma Putra ialah diplomat atau duta.

Helo peeps!

Kali ini, aku akan sambung tentang kerjaya dan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ney..X habis lagi kisah ni rupanya..tapi kali ni, aku nak citer tentang Pegawai Tadbir Diplomatik dan Wisma Putra. Bezanya PTD dengan PTD Wisma Putra ialah, PTD yang under Wisma Putra berpeluang untuk berkhidmat di luar negara..

Menerusi blog yang pernah berkongsi tentang pengalaman beliau menghadiri perkongsian yang dijalankan oleh bekas duta Malaysia yang pernah bertugas di Jepun, Russia dan Australia, bermacam-macam pengalaman yang telah diceritakan olehnya.. Menurut bekas diplomat Malaysia tersebut, beberapa kriteria yang harus ada pada Diplomat:


  • Memiliki daya keyakinan yang tinggi
  • Ilmu pengetahuan mesti luas
  • Boleh menyesuaikan diri
  • Berdikari
  • Bijak
  • Boleh berinteraksi dengan baik

Nak jadi seorang diplomat, kena tahu semua benda..Pokok pangkalnya, semua laa..Antara perkara yang perlu diketahui adalah dasar-dasar negara, isu-isu semasa, pandai bahasa tempatan, memasak, menulis, berucap! First thing kalau sampai di sesuatu tempat bertugas adalah untuk mengetahui perkara-perkara asas seperti hospital, kedai, pasar dan tempat-tempat lain yang akan selalu dikunjungi. Ringkasnya, seorang diplomat mestilah bijak menguruskan perkara peribadi disamping tugasan di pejabat.

Tokoh diplomat turut berkongsi tentang pengalaman beliau yang tidak pernah pulang ke Malaysia selama 15 tahun. Bayangkanlahhh..( aku yang x balik rumah beberapa bulan pun rasa macam ape!). Kalau balik pun sebab nak ambil Titah YDPA.. dan terus balik ke tempat bertugas.. Betapa sedihnya bila difikirkan, namun kerana tugas dan tanggungjawab, beliau akur. Malah, tokoh diplomat turut menyatakan dek tidak lama pulang ke Malaysia, beliau tidak mengenali Dato Siti yang ketika itu mengadakan konsert solo nya di Albert Hall, London.

Antara skop tugas seorang diplomat ialah menyambut pemimpin negara, menguruskan kematian rakyat negara, menguruskan persidangan, mengadakan sambutan hari perayaan negara seperti Hari Raya, Hari Tahun Baru Cina, menguruskan pelajar dan rakyat Malaysia disana dan banyak lagi sebenarnya..


                                           Antara gambar pelajar Malaysia di luar negara









Banyak cabaran-cabaran menjadi seorang duta ke luar negara, lebih-lebih lagi apabila terpaksa berkunjung dan menetap dalam tempoh yang lama dalam sesebuah negara..Rasanya, cabaran yang paling kuat terpaksa dihadapi oleh diplomat ialah, meyesuaikan diri mereka di tempat baru dan memahami adat resam, budaya dan cara hidup masyarakat disana. Bahasa? lagi lahhh..Huhu :)

Tapi, bagi yang betul-betul berminat, semuanya akan terhasil dan tercapai..Namun, pastikan minat itu seiring dengan usaha, ilmu dan niat yang telus..dan paling penting, kuasai bahasa asing utama dunia macam Bahasa Inggeris ( WAJIB!), Bahasa Mandarin dan Arab..




                                   Datuk Iskandar Sarudin, Duta Malaysia di Beijing China


Okay, sekian untuk PTD :)





Thing's I've learnt lately :)





30 Things i have learnt lately :)

Hello peeps :)

There is 30 things i have learnt lately..

1) I've learned that you cannot make someone love you, all you can do is be someone who can be loved. The rest is up to them.

2) I've learned that no matter how much i care, some people just don't care back

3) I've learned that it takes a years to build up trust and only second to destroy it.



4) I've learned that it's not what you have in your life, but who you have in your life that counts.

5) I've learned that you can get on charms for about fifteen minutes, after that you better know something.

6) I've learned that you shouldn't compare yourself to the best others can do, but to the best you can do.

7) I've learned that it's not what happen to people, it's what they do about it.

8) I've learned that no matter how thin you slice it, there are always two sides.

9) I've learned that you should always leave loved ones with loving words, it may be the last time you'll see them.

10) I've learned that you can keep going along after you think you can't.

11) I've learned that heroes are the people who do what has to be done when it needs to be done, regardless of the consequences.

12) I've learned that there are people who love you dearly, but just don't know how to show it.


13) I've learned that sometimes when i'm angry, i have the right to be angry, but that doesn't give me the right to be cruel.

14) I've learned that true friendship continues to grow even over the longest distance. Same goes to true love.

15) I've learned that just because someone doesn't love you the way you want them, doesn't mean they don't love you with all they have.

16) I've learned that no matter how good a friend is, they're going to hurt you every once in a while and you must forgive them for that.

17) I've learned that it isn't always enough to be forgiven by others, sometimes you have to learn to forgive yourself.

18) I've learned that no matter how bad your heart is broken, the world doesn't stop for your grief.


19) I've learned that our background and circumstances may have influenced who we are, but we are responsible for who we become.

20) I've learned that just because two people argue, it doesn't mean they don't love each other and just because they don't argue, it doesn't mean they do.

21) I've learned that sometimes you have to put the individual ahead of their action.

22) I've learned that two people can look at the exact same thing and see something totally different.

23) I've learned that no matter the consequences, those who are honest with themselves get farther in life.

24) I've learned that even when you think you have no more to give, when a friend cries out to you, you will find the strength to help.


26) I've learned that writing as well as talking can ease emotional pains.

27) I've learned that people you care most about in life are taken from you too soon.

28) I've learned that it's hard to determine where to draw the line between being nice and not hurting people's feeling and standing up for what you believe.

29) I've learned that no matter how much you try to save relationship, if it doesn't takes an effort from both, it's not going to work out.

and lastly,

30) I've learned to love and be loved.

By Omar Washington.



The Answer is Easy!

Be Thankful for everything that you have in life for every second and every moment!


This is my Lesson Learnt!


By, Jasmine :)

Tuesday 23 April 2013

Pegawai Tadbir Diplomatik Part 1

Helo Peeps :)

Apa khabar semua? Hope you all sihat walafiat dan ceria selalu. Kali ini aku nak kupas,huh? macam terlalu skema plak bunyi..okay, kali ni aku nak cerita sikit tentang kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik..atau nama femes yer, PTD.


Ramai member mase Universiti ada mintak kerja ni dan syukur, ramai yang dipanggil untuk Ujian bertulis dan temu duga..Kerjaya ni memang ramai minat sebab gaji masyuk dan cepat naik pangkat. Pastu, kerjaya ni femes la berbanding dengan kerjaya yang lain. Sana sini mak bapak mintak anak-anak mereka untuk apply kerja ni..so, apa sebenarnya menarik tentang PTD?


Pegawai Tadbir Diplomatik terlibat dalam setiap aktiviti pembangunan negara. Ramai masyarakat beranggapan kalau tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini tugasnya ala-ala diplomat atau duta, sedangkan Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik adalah sangat luas dan lebih besar daripada itu. Sebenarnya, Tugas ini mempunyai perkhidmatannya tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi dan Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan dan banyak lagi ( lenguh tangan taip, banyak sangat). Tapi, yang memang best kalau dapat berkhidmat untuk Wisma Putra laaa..sebab dapat kerja kat luar negara..tapi potensi untuk lepas ke Luar Negara hanyalah 5% peluang untuk berjaya...

Macam mana proses pengambilan PTD?

1) Kalo minat kerja ni, kena isi borang kat laman web SPA dulu tauu..Secara umumnya, calon akan melalui ujian tapisan sebanyak 3 kali sebelum layak dipanggil PTD.
2) Pastu, yang berjaya dalam test PTD, akan dipanggil ke PTD Assessment Centre, dekat INTAN.
3) Pastu, yang pass akan dipanggil temuduga ( saat yang paling mendebarkan!)

                                    Korang tengok flow chart bawah ni..pahamkan sendiri yer..



Apa kelayakan yang perlu ada untuk lulus menjadi seorang PTD?

1) Rakyat Malaysia
2) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa iklan tutup
3) Ada Ijazah sarjana Muda dengan kepujian ( kalau gred kaw-kaw, pikir banyak kali)
4) Lulus peperiksaan Khas yang dijalankan oleh SPA
5) Kepujian dalam Bahasa Malaysia ( termasuk ujian lisan) peringkat SPM

Gred Gaji mengikut kelayakan:
 Kalau Ijazah Sarjana muda Kepujian dan Ijazah Sarjana, gaji permulaan ialah RM 2269.15
 Kalau Ijazah Doktor Falsafah ( ph.D), gaji permulaan ialah RM 2544.67.
 Kire masyuk ni weii..belum tambah elaun, kenaikan gaji tahunan lagiiii

Tips-tips jika anda dipanggil temuduga.

Perghh..ini memang saat yang mendebarkannn..


Okay, aku kongsi dengan korang semua tips-tips yang korang kena ambil dan alert sebelum pergi temuduga.


  • Benda yang paling korang kena tau ialah, isu-isu semasa dr A-Z ...korang kena tau segala-galanya...
  • Korang kena alert juga sapa yang jadi penemuduga..kena betul panggil dan sebut gelaran mereka sebab kadang-kadang diorang ini terdiri daripada Datuk, Tan sri..
  • Kena pandai menjawab soalan dan kena terima sebab diorang boleh tanya apa saja, contoh antara soalan yang biasanya PTD bagitahu yang diorg ditanya semasa interview ialah:
          -  apa kaitan degree yang korang anda dengan PTD?
          -  Apa bidang kerja atau apa yang kite buat sekarang dan kenapa kite harus diambil sebagai PTD?
          -  Nyatakan Kementerian-kementerian yang wujud dalam malaysia.

Nahhh..serius, kena alert sampai ke gossip artis Malaysia..Hihihihi...

Bagaimana pula dengan PTD yang berminat untuk kerja under Wisma Putra? Huhuhu..Kelayakan sama je dengan PTD biasa, cuma diorang ni ada kelayakan tambahan
  • Fasih berbahasa asing terutama bahasa utama dunia seperti Mandarin, Russia dan Perancis
  • Menulis esei pendek " why you want to join Wisma Putra"
PTD yang bertugas di luar negara umpama mata, mulut dan telinga untuk negara. Perangai korang akan sentiasa diperhati oleh wakil luar negara. Pandai-pandai la yer :p

Panjang pulak cerita tentang isu PTD ni..huhu..okay, lain kali aku sambung tentang PTD luar negara plak.

Bye! :) 








What Happen to this country? Where is a Justice for The Victims?

Hai peeps..

Based on title kat atas, korang dapat teka kan apa cerita aku nak share? hmmm..Tadi, aku scroll news, international punya..aku ternampak satu artikel..tentang kejadian rogol beramai-ramai yang melibatkan seorang budak perempuan yang berumur 5 tahun..That Girl bukan setakat dirogol, malah disiksa..aishhh..This country memang bermasalah dengan hal macam ni..
I'm pretty sure all of you still remember about the Rape issues that involves medical student? That incident happened on 16 December 2012..ni ada kronologi sedikit tentang kejadian yang menyedihkan dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.




1) Mangsa, 23 Tahun, pelajar Jurusan Fisioterapi dan teman lelakinya, 28, Jurutera Perisian menaiki bas dalam 9.30pm mahu pulang ke rumah selepas selesai menonton wayang. Dalam bas, ada 6 orang penumpang termasuk pemandu bas.

2) Teman Lelaki mangsa mulai curiga apabila bas mula melencong dan menuju ke arah berlainan dari arah sebenar mereka.

3) At first, perogol-perogol itu mula menganggu dan menyentuh si mangsa, tetapi teman lelaki mangsa bertindak mempertahankan mangsa.

4) Perogol-perogol mula memukul teman lelaki mangsa dengan palang besi di belakang. Mereka kemudian menarik mangsa dan menanggalkan baju mangsa.Mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir oleh perogol-perogol yang tidak berperikemanusiaan tersebut, malah dilaporkan, terdapat iron rod dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa..

5) Kemudian, mangsa dan teman lelaki dicampak dari luar bas sebelum ditemui oleh orang awam.

Tapi apa yang memeranjatkan disini, terdapat beberapa fakta yang baru dikeluarkan oleh teman lelaki mangsa, yang hanya hidup dan witness untuk kejadian mengerikan tersebut.

1) Dia dan mangsa sebenarnya telah berusaha meminta pertolongan dengan orang awam dengan menjerit dan meminta bantuan melalui tingkap bas, tetapi driver bas menutup lampu bas.
2) Walaupun dia dibelasah teruk oleh geng perogol tersebut, namun mangsa masih berusaha menyelamatkan teman lelakinya. Mangsa cuba menekan nombor 100, nombor pusat bantuan India, namun tidak sempat kerana telefon bimbit mangsa dirampas. 
3) Kejadian tersebut sememangnya dirancang dari awal..perogol-perogol termasuk pemandu bus berlagak seperti biasa. 
4) Selepas dicampak keluar dari bas, Mangsa dan teman lelakinya berbaring di jalan raya dalam keadaan tidak berbaju. Banyak kenderaaan lalu lalang, malah ramai orang awam yang berkerumuni disitu namun seorang pun tiada yang berani membantu kerana takut dikaitkan dengan kes tersebut. Dalam 30-45 minit, baru mereka diselamatkan apabila kenderaan polis melalui kawasan tersebut..Namun yang membengongkan disini, kata si Teman lelaki, Polis yang sampai masih tidak menghulurkan bantuan, jauh sekali mahu menghulurkan pakaian walau si Teman Lelaki meminta agar pakaian diberikan kepada mereka untuk menutup badan mereka berdua yang terdedah. Namun pihak polis tidak peduli malah bertelingkah antara satu sama lain tentang dimana kes mereka berdua seharusnya dilaporkan. 
5) Teman Lelaki mangsa turut melaporkan mereka berdua dibawa ke hospital yang jauh daripada hospital berdekatan..Motiff? Namun Pihak Polis New Delhi menafikan hal ini sekeras-kerasnya.
6) Sampai di hospital, dia terpaksa memapah mangsa sendiri, tanpa dibantu polis-polis berkenaan walaupun dia sendiri cedera parah, kerana mungkin polis berkenaan risau baju uniform mereka dikotori..yang paling menyedihkan juga, di hospital, dia terpaksa merayu meminta pakaian atau kain untuk menutup badan kawannya, namun pihak hospital seakan sambil lewa melakukan tugas mereka.


Fakta ini aku ambil daripada sesi temu ramah Teman Lelaki mangsa dengan ZEE TV. 
Kata si Teman Lelaki, walau mangsa ketika itu sangat parah, namun masih mampu bercakap untuk memberikan keterangan terhadap apa yang terjadi, dan yang paling menyentuh hati si teman lelaki, adalah, Mangsa menyatakan, seandainya Teman lelakinya tidak terbabit dalam hal itu, dia tidak akan memfailkan saman dan hanya akan meletakkan kes ini sebagai accident semata-mata..

Bila difikirkan balik, dan jika baca komen pembaca dalam artikel itu, terdapat segelintir pembaca yang menyalahkan mangsa rogol kerana berpakaian seksi, menjolok mata sehingga mengundang niat untuk dirogol..tapi, tolonglah..walau macam manapun, korang takde hak nak rogol perempuan semata-mata sebab cara pemakaiannya..then, apa la excuses yang korang boleh bagi terhadap kejadian rogol or liwat yang dilakkan terhadap kanak-kanak? lagi-lagilah bayi? adakah disebabkan pemakaian?? Bayangkan jika hal ini terjadi terhadap adik, kakak, ibu anda, apa yang anda fikirkan? rasakan? oren?

Sebenarnya, aku dah muak dengan isu perempuan disiksa, didera begini..Dimana hak seorang wanita sebenarnya? Dimana hak wanita itu? Wanita seharusnya dihormati, dibelai dan dijaga kehormatannya, bukan disakiti, dirogol atau didera sampai mati..walau apapun, aku respek dengan teman lelakinya yang tidak pernah berfikir mahu meninggalkan mangsa, malah berusaha bermatian-matian menyelamatkannya. 
Dengar kata, si Teman lelaki enggan meninggalkan negara India walau diminta oleh keluarganya untuk menjalani rawatan kerana dia mahu mendapatkan keadilan yang penuh untuk Teman wanitanya.


                                                  Gambar protes masyarakat dunia 










                           Dilaporkan, salah seorang perogol bertindak mengantung diri dalam penjara




Kesimpulannya, tiada sebab mahupun alasan yang kukuh untuk melukai, mendera, menyakiti dan jauh sekali merosakkan kehidupan seorang wanita. Perogol-perogol ini harus menerima hukuman setimpalnya dengan perbuatan mereka. Undang-undang mestilah tegas untuk membendung masalah ni. Yang penting, masyarakat harus berani..jangan bila benda ni kene kat ibu, adik or kakak korang, baru nak mengamuk sana sini. Untuk lelaki, jagalah wanita. Hormatilah mereka. God Bless :)

Thursday 18 April 2013

Bagaimana Mahu Menangani Penolakan dari si Dia?

Hai Peeps..

Pernah x korang mengalami penolakan dari si Dia? Untungla kalau tak pernah merasa kene reject.
Min pasti rasa itu sangat menyakitkan kerana Min juga pernah merasakan..betapa sakitnya kena reject oleh orang yang kite sayang..but, what hurt the most is, watching someone you love, loves someone else..

Kalau difikirkan balik, ada beberapa sebab kenapa Penolakan Cinta dari Si Dia terjadi:

1. Si Dia saat ini tertarik pada orang lain( macam kes dan situasi aku). 
2. Si Dia takut kepada korang. Takut ?? benar takut!! entah dari cara korang cakap,sikap  atau dari gosip  yang dia dengar tentang korang..mungkin gosip yang korang banyak skandal??
3. Mungkin korang secara tidak sengaja pernah mengabaikan si Dia ( nahh..dulu Min pernah ignore dia..dan sekarang terhegeh-hegeh nak kan perhatian dia. Padan Muka diri sediri)
4. Mungkin korang terlihat seperti seseorang yang si Dia tidak sukai. Mungkin korang pernah buat sesuatu yang buat si Dia ade low impression terhadap koranggg?
5. sebab kelima ni la yang paling tepat dan mungkin menyedihkan..iaitu, dia memang XDE FEELING kat korang!


Tapi bile difikirkan balik, takpelah kalau kene reject sebab...Biasanya manusia ni reject barang-barang mahal sebab diorang xmampu nak miliki dan beli!. Ngamm!...hahaha

okay, i will share laa several tips yang i apply to forget and delete him from my memory. First, bukan senang seperti yang dicakap..well, easy to say, hard to do kann?..

  • First, delete his/ her number and pic from your lappy or handphone! I Know its hard bha, but believe me, its work!


  • Second, ask urself, are you really need his/her in your life? Don't waste your tears, nights, days for someone that did not learnt how to appreciate your love! You already do your part kan? but, he choose to push you away, so, just go away from his/her. 


  • Third, make your life busy with work or study. Get involved in any activities, maybe something new or just continue your old hobby..Lama-lama you akan lupa :)


  • Fourth, Motivate yourself Darling. No one can help you getting outside from this *gila situation*. If not, ask ur friend to motivate you!


  • Lastly, put your faith in God. Only God can heal your wound. Pray to Him. Let God wipe your tears.




This is my own way to heal my broken heart..not really hundred percent okay now, but the situation getting better now. Since this week, i'm x cry for him anymore. Good Life huh?? I Hope all of you also can fight this *Gila Situation*




                                               ini muka yang dikatakan muka ramai skandal @_@

p/s: Beberapa orang dah label, muka aku ni muka banyak skandal..diorang x tau, betapa setianya aku terhadap perasaan kalau aku suka seseorang lelaki itu..cuma aku yang sentiasa salah meletakkan perasaan aku pada orang yang salah, namun aku tidak pernah menyesal menyayanginya, jauh sekali mahu membencinya






Motivational Quotes with Pictures!

                                             Okay, Just scroll down and keep Read okay..


                                                                   7 Quote of The Day

Anything is Possible


                                                           Quotes from Famous Person


                                            Don't Bear with Problem, Try your best to face it


                                                                   Keep Life Simple


                                                              Sticky Notes with Quotes


                                                   Appreciate your Moments in Life


                                                                        Believe this!


                                                             Learn this from Him :)


                                                                     Live life Fully!