Mari-mari..hantar permohonan dan resume lengkap ke alamat wisma putra untuk menjadi salah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik atau nama femes yang biasa orang gelar kalau kerja di bawah Wisma Putra ialah diplomat atau duta.
Helo peeps!
Kali ini, aku akan sambung tentang kerjaya dan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ney..X habis lagi kisah ni rupanya..tapi kali ni, aku nak citer tentang Pegawai Tadbir Diplomatik dan Wisma Putra. Bezanya PTD dengan PTD Wisma Putra ialah, PTD yang under Wisma Putra berpeluang untuk berkhidmat di luar negara..
Menerusi blog yang pernah berkongsi tentang pengalaman beliau menghadiri perkongsian yang dijalankan oleh bekas duta Malaysia yang pernah bertugas di Jepun, Russia dan Australia, bermacam-macam pengalaman yang telah diceritakan olehnya.. Menurut bekas diplomat Malaysia tersebut, beberapa kriteria yang harus ada pada Diplomat:
- Memiliki daya keyakinan yang tinggi
- Ilmu pengetahuan mesti luas
- Boleh menyesuaikan diri
- Berdikari
- Bijak
- Boleh berinteraksi dengan baik
Nak jadi seorang diplomat, kena tahu semua benda..Pokok pangkalnya, semua laa..Antara perkara yang perlu diketahui adalah dasar-dasar negara, isu-isu semasa, pandai bahasa tempatan, memasak, menulis, berucap! First thing kalau sampai di sesuatu tempat bertugas adalah untuk mengetahui perkara-perkara asas seperti hospital, kedai, pasar dan tempat-tempat lain yang akan selalu dikunjungi. Ringkasnya, seorang diplomat mestilah bijak menguruskan perkara peribadi disamping tugasan di pejabat.
Tokoh diplomat turut berkongsi tentang pengalaman beliau yang tidak pernah pulang ke Malaysia selama 15 tahun. Bayangkanlahhh..( aku yang x balik rumah beberapa bulan pun rasa macam ape!). Kalau balik pun sebab nak ambil Titah YDPA.. dan terus balik ke tempat bertugas.. Betapa sedihnya bila difikirkan, namun kerana tugas dan tanggungjawab, beliau akur. Malah, tokoh diplomat turut menyatakan dek tidak lama pulang ke Malaysia, beliau tidak mengenali Dato Siti yang ketika itu mengadakan konsert solo nya di Albert Hall, London.
Antara skop tugas seorang diplomat ialah menyambut pemimpin negara, menguruskan kematian rakyat negara, menguruskan persidangan, mengadakan sambutan hari perayaan negara seperti Hari Raya, Hari Tahun Baru Cina, menguruskan pelajar dan rakyat Malaysia disana dan banyak lagi sebenarnya..
Antara gambar pelajar Malaysia di luar negara
Banyak cabaran-cabaran menjadi seorang duta ke luar negara, lebih-lebih lagi apabila terpaksa berkunjung dan menetap dalam tempoh yang lama dalam sesebuah negara..Rasanya, cabaran yang paling kuat terpaksa dihadapi oleh diplomat ialah, meyesuaikan diri mereka di tempat baru dan memahami adat resam, budaya dan cara hidup masyarakat disana. Bahasa? lagi lahhh..Huhu :)
Tapi, bagi yang betul-betul berminat, semuanya akan terhasil dan tercapai..Namun, pastikan minat itu seiring dengan usaha, ilmu dan niat yang telus..dan paling penting, kuasai bahasa asing utama dunia macam Bahasa Inggeris ( WAJIB!), Bahasa Mandarin dan Arab..
Datuk Iskandar Sarudin, Duta Malaysia di Beijing China
Okay, sekian untuk PTD :)
memang minat nak jadi pegawai tadbir wisma putra, dah hantar resume, x tahu lah bile interview :D
ReplyDelete