Tuesday 23 April 2013

Pegawai Tadbir Diplomatik Part 1

Helo Peeps :)

Apa khabar semua? Hope you all sihat walafiat dan ceria selalu. Kali ini aku nak kupas,huh? macam terlalu skema plak bunyi..okay, kali ni aku nak cerita sikit tentang kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik..atau nama femes yer, PTD.


Ramai member mase Universiti ada mintak kerja ni dan syukur, ramai yang dipanggil untuk Ujian bertulis dan temu duga..Kerjaya ni memang ramai minat sebab gaji masyuk dan cepat naik pangkat. Pastu, kerjaya ni femes la berbanding dengan kerjaya yang lain. Sana sini mak bapak mintak anak-anak mereka untuk apply kerja ni..so, apa sebenarnya menarik tentang PTD?


Pegawai Tadbir Diplomatik terlibat dalam setiap aktiviti pembangunan negara. Ramai masyarakat beranggapan kalau tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini tugasnya ala-ala diplomat atau duta, sedangkan Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik adalah sangat luas dan lebih besar daripada itu. Sebenarnya, Tugas ini mempunyai perkhidmatannya tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi dan Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan dan banyak lagi ( lenguh tangan taip, banyak sangat). Tapi, yang memang best kalau dapat berkhidmat untuk Wisma Putra laaa..sebab dapat kerja kat luar negara..tapi potensi untuk lepas ke Luar Negara hanyalah 5% peluang untuk berjaya...

Macam mana proses pengambilan PTD?

1) Kalo minat kerja ni, kena isi borang kat laman web SPA dulu tauu..Secara umumnya, calon akan melalui ujian tapisan sebanyak 3 kali sebelum layak dipanggil PTD.
2) Pastu, yang berjaya dalam test PTD, akan dipanggil ke PTD Assessment Centre, dekat INTAN.
3) Pastu, yang pass akan dipanggil temuduga ( saat yang paling mendebarkan!)

                                    Korang tengok flow chart bawah ni..pahamkan sendiri yer..



Apa kelayakan yang perlu ada untuk lulus menjadi seorang PTD?

1) Rakyat Malaysia
2) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa iklan tutup
3) Ada Ijazah sarjana Muda dengan kepujian ( kalau gred kaw-kaw, pikir banyak kali)
4) Lulus peperiksaan Khas yang dijalankan oleh SPA
5) Kepujian dalam Bahasa Malaysia ( termasuk ujian lisan) peringkat SPM

Gred Gaji mengikut kelayakan:
 Kalau Ijazah Sarjana muda Kepujian dan Ijazah Sarjana, gaji permulaan ialah RM 2269.15
 Kalau Ijazah Doktor Falsafah ( ph.D), gaji permulaan ialah RM 2544.67.
 Kire masyuk ni weii..belum tambah elaun, kenaikan gaji tahunan lagiiii

Tips-tips jika anda dipanggil temuduga.

Perghh..ini memang saat yang mendebarkannn..


Okay, aku kongsi dengan korang semua tips-tips yang korang kena ambil dan alert sebelum pergi temuduga.


  • Benda yang paling korang kena tau ialah, isu-isu semasa dr A-Z ...korang kena tau segala-galanya...
  • Korang kena alert juga sapa yang jadi penemuduga..kena betul panggil dan sebut gelaran mereka sebab kadang-kadang diorang ini terdiri daripada Datuk, Tan sri..
  • Kena pandai menjawab soalan dan kena terima sebab diorang boleh tanya apa saja, contoh antara soalan yang biasanya PTD bagitahu yang diorg ditanya semasa interview ialah:
          -  apa kaitan degree yang korang anda dengan PTD?
          -  Apa bidang kerja atau apa yang kite buat sekarang dan kenapa kite harus diambil sebagai PTD?
          -  Nyatakan Kementerian-kementerian yang wujud dalam malaysia.

Nahhh..serius, kena alert sampai ke gossip artis Malaysia..Hihihihi...

Bagaimana pula dengan PTD yang berminat untuk kerja under Wisma Putra? Huhuhu..Kelayakan sama je dengan PTD biasa, cuma diorang ni ada kelayakan tambahan
  • Fasih berbahasa asing terutama bahasa utama dunia seperti Mandarin, Russia dan Perancis
  • Menulis esei pendek " why you want to join Wisma Putra"
PTD yang bertugas di luar negara umpama mata, mulut dan telinga untuk negara. Perangai korang akan sentiasa diperhati oleh wakil luar negara. Pandai-pandai la yer :p

Panjang pulak cerita tentang isu PTD ni..huhu..okay, lain kali aku sambung tentang PTD luar negara plak.

Bye! :) 








2 comments:

  1. wah bestnyer. saya bminat utk menjadi PTD after saya grad nanti. Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda bhasa arab di UIA. adakah bidang yang saya ambil ini mempengaruhi tempat untuk saya bkerja nanti?

    ReplyDelete
  2. wah bestnyer. saya bminat utk menjadi PTD after saya grad nanti. Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda bhasa arab di UIA. adakah bidang yang saya ambil ini mempengaruhi tempat untuk saya bkerja nanti?

    ReplyDelete