Tuesday 23 April 2013

What Happen to this country? Where is a Justice for The Victims?

Hai peeps..

Based on title kat atas, korang dapat teka kan apa cerita aku nak share? hmmm..Tadi, aku scroll news, international punya..aku ternampak satu artikel..tentang kejadian rogol beramai-ramai yang melibatkan seorang budak perempuan yang berumur 5 tahun..That Girl bukan setakat dirogol, malah disiksa..aishhh..This country memang bermasalah dengan hal macam ni..
I'm pretty sure all of you still remember about the Rape issues that involves medical student? That incident happened on 16 December 2012..ni ada kronologi sedikit tentang kejadian yang menyedihkan dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.




1) Mangsa, 23 Tahun, pelajar Jurusan Fisioterapi dan teman lelakinya, 28, Jurutera Perisian menaiki bas dalam 9.30pm mahu pulang ke rumah selepas selesai menonton wayang. Dalam bas, ada 6 orang penumpang termasuk pemandu bas.

2) Teman Lelaki mangsa mulai curiga apabila bas mula melencong dan menuju ke arah berlainan dari arah sebenar mereka.

3) At first, perogol-perogol itu mula menganggu dan menyentuh si mangsa, tetapi teman lelaki mangsa bertindak mempertahankan mangsa.

4) Perogol-perogol mula memukul teman lelaki mangsa dengan palang besi di belakang. Mereka kemudian menarik mangsa dan menanggalkan baju mangsa.Mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir oleh perogol-perogol yang tidak berperikemanusiaan tersebut, malah dilaporkan, terdapat iron rod dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa..

5) Kemudian, mangsa dan teman lelaki dicampak dari luar bas sebelum ditemui oleh orang awam.

Tapi apa yang memeranjatkan disini, terdapat beberapa fakta yang baru dikeluarkan oleh teman lelaki mangsa, yang hanya hidup dan witness untuk kejadian mengerikan tersebut.

1) Dia dan mangsa sebenarnya telah berusaha meminta pertolongan dengan orang awam dengan menjerit dan meminta bantuan melalui tingkap bas, tetapi driver bas menutup lampu bas.
2) Walaupun dia dibelasah teruk oleh geng perogol tersebut, namun mangsa masih berusaha menyelamatkan teman lelakinya. Mangsa cuba menekan nombor 100, nombor pusat bantuan India, namun tidak sempat kerana telefon bimbit mangsa dirampas. 
3) Kejadian tersebut sememangnya dirancang dari awal..perogol-perogol termasuk pemandu bus berlagak seperti biasa. 
4) Selepas dicampak keluar dari bas, Mangsa dan teman lelakinya berbaring di jalan raya dalam keadaan tidak berbaju. Banyak kenderaaan lalu lalang, malah ramai orang awam yang berkerumuni disitu namun seorang pun tiada yang berani membantu kerana takut dikaitkan dengan kes tersebut. Dalam 30-45 minit, baru mereka diselamatkan apabila kenderaan polis melalui kawasan tersebut..Namun yang membengongkan disini, kata si Teman lelaki, Polis yang sampai masih tidak menghulurkan bantuan, jauh sekali mahu menghulurkan pakaian walau si Teman Lelaki meminta agar pakaian diberikan kepada mereka untuk menutup badan mereka berdua yang terdedah. Namun pihak polis tidak peduli malah bertelingkah antara satu sama lain tentang dimana kes mereka berdua seharusnya dilaporkan. 
5) Teman Lelaki mangsa turut melaporkan mereka berdua dibawa ke hospital yang jauh daripada hospital berdekatan..Motiff? Namun Pihak Polis New Delhi menafikan hal ini sekeras-kerasnya.
6) Sampai di hospital, dia terpaksa memapah mangsa sendiri, tanpa dibantu polis-polis berkenaan walaupun dia sendiri cedera parah, kerana mungkin polis berkenaan risau baju uniform mereka dikotori..yang paling menyedihkan juga, di hospital, dia terpaksa merayu meminta pakaian atau kain untuk menutup badan kawannya, namun pihak hospital seakan sambil lewa melakukan tugas mereka.


Fakta ini aku ambil daripada sesi temu ramah Teman Lelaki mangsa dengan ZEE TV. 
Kata si Teman Lelaki, walau mangsa ketika itu sangat parah, namun masih mampu bercakap untuk memberikan keterangan terhadap apa yang terjadi, dan yang paling menyentuh hati si teman lelaki, adalah, Mangsa menyatakan, seandainya Teman lelakinya tidak terbabit dalam hal itu, dia tidak akan memfailkan saman dan hanya akan meletakkan kes ini sebagai accident semata-mata..

Bila difikirkan balik, dan jika baca komen pembaca dalam artikel itu, terdapat segelintir pembaca yang menyalahkan mangsa rogol kerana berpakaian seksi, menjolok mata sehingga mengundang niat untuk dirogol..tapi, tolonglah..walau macam manapun, korang takde hak nak rogol perempuan semata-mata sebab cara pemakaiannya..then, apa la excuses yang korang boleh bagi terhadap kejadian rogol or liwat yang dilakkan terhadap kanak-kanak? lagi-lagilah bayi? adakah disebabkan pemakaian?? Bayangkan jika hal ini terjadi terhadap adik, kakak, ibu anda, apa yang anda fikirkan? rasakan? oren?

Sebenarnya, aku dah muak dengan isu perempuan disiksa, didera begini..Dimana hak seorang wanita sebenarnya? Dimana hak wanita itu? Wanita seharusnya dihormati, dibelai dan dijaga kehormatannya, bukan disakiti, dirogol atau didera sampai mati..walau apapun, aku respek dengan teman lelakinya yang tidak pernah berfikir mahu meninggalkan mangsa, malah berusaha bermatian-matian menyelamatkannya. 
Dengar kata, si Teman lelaki enggan meninggalkan negara India walau diminta oleh keluarganya untuk menjalani rawatan kerana dia mahu mendapatkan keadilan yang penuh untuk Teman wanitanya.


                                                  Gambar protes masyarakat dunia 










                           Dilaporkan, salah seorang perogol bertindak mengantung diri dalam penjara




Kesimpulannya, tiada sebab mahupun alasan yang kukuh untuk melukai, mendera, menyakiti dan jauh sekali merosakkan kehidupan seorang wanita. Perogol-perogol ini harus menerima hukuman setimpalnya dengan perbuatan mereka. Undang-undang mestilah tegas untuk membendung masalah ni. Yang penting, masyarakat harus berani..jangan bila benda ni kene kat ibu, adik or kakak korang, baru nak mengamuk sana sini. Untuk lelaki, jagalah wanita. Hormatilah mereka. God Bless :)

No comments:

Post a Comment