Kali ni aku nak kongsikan tentang bekas nasi goreng Amira. Erkk? Sape Amira ni? dan kenapa nak cerita tentang bekas nasi goreng dia plak? Apa yang Spesial sangat tentang dia dan bekas nasi goreng dia ni?
Hmm..tak nak cakap banyak, lebih baik korang baca cerita ni. Kisah benar. Jangan malas membaca.
Cerita ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik. Ia telah diceritakan oleh seorang ibu yang mana anaknya ada berkawan dengan seorang perempuan yang bernama Amira (bukan nama sebenar). Semuanya bermula dengan kisah nasi goreng.
Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah
anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama
kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya
selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2
keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa
oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng
ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi
goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang
hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu
agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap…
Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..
Amira termenung..nampak muka dia macam
tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti
tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata
nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..
Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak
ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka
sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..
Sampai di rumah..malam hari sebelum
tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi
goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh
tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa
sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada
jamuan ker..??
Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak
ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je
lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak
taruk telur je pun dah ok..
Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi
goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam
buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per
lah..mana yang ada je lah..
Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..
Ko bawak tak Mira..? Bawak ler…aku bawak..kan semalam dah janji..
Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..
Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..
Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..
Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal
lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang
bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..
ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..
Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..
Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..
Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..
(Bayangkanlah korang letak makanan korang dalam bekas ni...)
Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?
Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu…standard lah..kami memang dah biasa macam ni..
Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..
Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der
bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak
cerita dengan aku Mira..ko ni kan..
Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..
Mira..aku rasa bersalah sangat coz
menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng
aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..
Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..
Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..
Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air
mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak
ada aper..tak per lah..kita makan je lah..
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada
saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu
menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar
cerita dia sampai habis..
Selesai anak saya bercerita..saya cakap
kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira
ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..
Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya
menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden
ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni.."
Sekian, ini cerita nyaaa..
Bila aku baca kisah ni..serius, betul-betul membuka mata dan hati aku untuk lebih mensyukuri nikmat dan kesenangan yang aku perolehi selama aku hidup di dunia ni. Kesusahan hidup yang aku alami tidak seteruk Amira. Rupanya, ramai lagi insan yang lebih susah dalam dunia ni berbanding aku, kamu dan kita.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau berkemampuan, bantulah mereka yang susah. Semoga Tuhan memberkati hidup mereka yang setabah Amira dan keluarganya.
Terima Kasih.
Sumber: Informasi
Sumber: Informasi