Monday 27 May 2013

CSST Family :)

Helo Peeps,

Kali ni aku nak kongsikan keluarga besar yang menjaga aku sepanjang tiga tahun aku berada di Kuala Terengganu. Well, aku bukan setakat ade Keluarga kat Sarawak, tapi ada juga kat Kuala Terengganu. At least, dengan mereka, aku tak rasa Forever Alone dekat tempat orang...



Nak dimulakan cerita, masa aku mula mula datang Terengganu, aku berfikir? adoi..macam mana aku nak hidup kat sini? Memang la still in Malaysia, but still berbeza sangat persekitaran dengan tempat aku. Boleh tak aku biasakan diri dengan keadaan di sini? Boleh tak aku berkawan dengan orang kat sini? Ada tak budak Sarawak kat sini? arghh' stress sungguh aku..hahaha

Tapi, bila dah dua minggu macam tu, ada satu perjumpaan dibuat khas untuk anak-anak Sarawak, nama kelab tu, Kelab Kebudayaan Sarawak. oppps, Kelab ni bukan kelab seni or menari-menari jer, macam-macam aktiviti sebenarnya..lebih banyak daripada aktiviti budaya. Ok, time ni la aku mula berkawan dengan budak-budak Sarwak yang lain..okay, kami mula mesra..hha..tapi aku kenal CSST Member daripada seorang senior..

CSST stand for Catholic Student Society (Terengganu). Actually, ni bukan kelab atau persatuan, cuma macam pusat untuk berkumpul bagi pelajar-pelajar katolik yang berada jauh dari rumah masing-masing dan bekerja atau belajar di Terengganu. Kebanyakan student CSST ni student Universiti macam UMT, UNISZA, Instepian's ( Student untuk Petronas), Kolej Kesihatan Awam, Kolej Kesihatan Bersekutu, IPG, dan ILP..

First kenal, memang logik la malu-malu kan, lama-lama tu..terbantai jugalah true colors me! Hahahha..macam-macam aktiviti yang dah dibuat under CSST ni..macam aktiviti sukan, makan-makan, BBQ (Wajib!), aktiviti sharing bersama Father dan Sister, Formation aktiviti dan lain-lain.

Well, CSST ni ade Formation House..Formation House ni tempat kami semua berkumpul buat aktiviti.

Banyak sangat cerita kan? okay, baik tengok gambar. Sambil tengok gambar, sambil tu aku citer. Haha!

                                           
                                Member-member CSST bersama uncle Tony. Orang kuat CSST ni.


                            Masa orientation untuk kami batch 2010..dekat pantai lagi ni..macam apa =,=


Orientation untuk junior batch 2011



Masa ni, muka masih innocent. sekarang? Only God Knows


Beginilah keadaan lepas Missa setiap Jumaat, semua menyerbu untuk Breakfast


Salah satu aktiviti yang sering dilakukan di Formation House lepas habis Missa. Biasanya sharing ni bersama Sister Stella dan Sister Lucia. Kadang-kadang Father juga :)



Bersama Sister Stella dan sahabat Instep. BBQ time ni 


Sharing bersama Father Phillip. Agaknya, apa topik Father ya?


Jcamp around April. Our first camp! Awesome :)


Nice moment when we sing, song and sang together for Him  :)


Antara Aktiviti wajib di Formation House :)


Kipas, jangan tak Kipas..Jangan sampai hangus yer :P


Christmas at Terengganu. I will cherish this moment.


Farewell for my Instepian's friend. Always in my heart.


Banyak lagi Pictures aktiviti yang telah kami buat bersama sepanjang 3 tahun berada di sana. Mana mungkin boleh lupa kan? lagi-lagilah jika memiliki Persahabatan dan Persaudaraan seindah CSS itu sendiri :)

Tapi event yang tak boleh lupa, event Gawai dan Kaamatan :) Well, memandangkan ramai yang tak balik rumah masing-masing disebabkan final is around the corner, so kami buat Perayaan itu di Church. Woah!
First event, awesome. Well managed and prepared! Credit to Leonard and his team :) wink :)






                                                     Tidak terlupa, abang bomba kita :P


Serius, pejam celik, pejam celik, 3 tahun berlalu begitu saja dan tanpa CSST, mesti kehidupan di Terengganu akan membosankan. Banyak pengalaman, kenangan, pelajaran dan juga kepahitan yang didapati daripada CSST. Yang paling penting tu, ikatan persahabatan dan persaudaraan antara kami sangat utuh dan Praise to The Lord, we still keep in touch with each other.

Kejauhan itu mengajar kita banyak benda dan perkara, dan paling penting, ia benar-benar menguji keimanan kita sebagai seorang Kristian amnya, bagaimana kita tidak malu mengaku Kristus itu adalah Tuhan kita didepan sahabat seiman, terutama yang bukan seiman dengan kita? Thanks to God because i met my sister and brother in Christ here, at Terengganu, " Merakyatkan pentadbiran dan pembangunan". Hehe.

Nasihat untuk CSST :

Jagalah persahabatan dan persaudaraan yang wujud di antara kita sebaiknya, malah eratkan lagi perhubungan itu. Lakukanlah yang sebaik mungkin dalam hidup kalian terutama perhubungan peribadi kita dengan Tuhan. Jangan pernah abaikan Tuhan dalam setiap saat hidup mu..dan hiduplah segembira yang kau mampu (ehh..mcm ada salah ejaan ni T_T).

I do cherish the moment. Thanks for the memories, Friends. Keep in touch. Always in my heart. :)



p/s: Kalau ada masa, nak juga menjengah FH..tapi ingatkah mereka pada aku yang tak punya apa-apa untuk diingati? hurmmm

Thank You. Sekian.

No comments:

Post a Comment