Thursday 9 May 2013

Kisah Si Lalaurie

Helo Peeps,


Tetiba aku post gambar Perempuan ni? Siapa dia? Apa yang best sangat tentang dia ni sehingga aku nak cerita pasal dia kali ini.

Dia digelar Madam Laurie.


  • Dia Cantik? = Yes, Dia antara wanita cantik di kawasannya dan berpengaruh. 
  • Dia Kaya?= Yes, Rumah Agam dia sangat indah walaupun di luar rumah, agak luar biasa, tetapi bagi mereka yang pernah berkunjung ke rumah Madam Laurie, hiasan rumah adalah sangat mewah dan standard dan akan menjadi sebutan setiap kali tetamu berkunjung.

                                  Rumah dari luar memang nampak biasa, tapi dalam, superberb! 

Menurut sumber-sumber berita ( yang bolh dipercayai), Rumah ini dibuat untuk acara-acara besar dan majlis. Pintu rumah ini dihiasi dengan ukiran bunga dan wajah manusia, dan diterangi dengan cahaya lilin yang beratus-ratus jumlahnya. Bayangkanlah! Romantik gitu. Teringat dengan seseorang yang pernah bagitahu aku, gelap itu romantik. Ehh, ade kaitan ke :P. 
Setiap tetamu yang berkunjung ke rumah Madam Lalaurie ni, akan dilayan seperti raja.

Madam Lalalurie disanjung ramai orang. Bukan sahaja cantik dan berpengaruh, namun dia dikatakan sangat lembut dan memiliki perwatakan yang halus. Tetapi bukan ini yang aku hendak ceritakan. Di sebalik kelembutan dan sikap halusnya itu, rupanya tersembunyi sisi hidup Madam Lalaurie yang sememangnya mengejutkan ramai pihak.

Kenapa?

Kerana Kebakaran di ruang dapur rumahya pada tahun 1834, membawa kepada sikap kekejaman Madam Lalaurie yang luar biasa terhadap pembantu-pembantu rumahnya.

KEJAM? PEMBANTU RUMAH? Kalau dengar perkataan ini, mesti terlintas kat fikiran korang drama-drama Indonesia dan filipine yang selalu sahaja memaparkan adegan Tuan Rumah mendera orang gaji diorang. Kekejaman Madam Lalaurie adalah lebih daripada itu. Serius.


                                       Antara sedutan dalam drama terkenal Filipina, Pangako Sa yo. 
                         

Mari kita singkap kisah benar yang berlaku di New Orleans ini.


Pada tahun 1832  Dr Louis Lalaurie dan isterinya, Delphine, berpindah ke rumah Creole mereka. Mereka menjadi terkenal dengan hal ehwal sosial mereka dan dihormati kerana kekayaan mereka dan keutamaan. Madam Lalaurie dikenali sebagai seorang wanita yang paling berpengaruh di Perancis, mengendalikan hal ehwal perniagaan keluarga dan membawa dirinya dengan gaya yang hebat.
Dia dikagumi ramai orang kerana dia dikatakan wanita yang sempurna, memiliki segala-galanya.

Namun, hanya segelintir yang tahu Madam Lalalurie sering menganiayai pembantu rumahnya dan menindas mereka. Namun, mereka tidak pernah menyangka, Madam Lalaurie akan bertindak sangat kejam. Perlu diingatkan juga, pada zaman dahulu, taraf pembantu rumah adalah sangat rendah dan kadang kala dilayan lebih rendah daripada haiwan. Namun, itu bukan menjadi lesen untuk mendera mereka kerana mereka juga manusia.

Rasa curiga mulai timbul oleh jiran terdekat Madam Lalaurie ketika itu apabila beliau hairan melihat pembantu rumah keluarga itu terlalu kerap ditukar dan menghairankan, dia tidak pernah melihat bayang pembantu rumah sebelum itu selepas masuk ke rumah Madam Lalaurie. Pernah sekali, jirannya itu melihat Madam Lalaurie mengejar pembantu rumahnya yang muda dengan cemeti. Pembantu rumahnya cuba memanjat tembok rumah tersebut namun berakhir dengan kematian kerana terjatuh. Jirannya kemudian melihat Madam Lalaurie menguburkan mayat gadis itu di bawah pokok di luar rumahnya.

Jirannya telah melaporkan hal tersebut kepada Pihak Berkuasa memandangkan kes kekejaman terhadap Pembantu rumah adalah sangat dipandang serius ketika itu, namun kerana bukti yang tidak kukuh, Madam Lalaurie tidak dikenakan tindakan.

Kecurigaan terhadap sikap sebenar Madam Lalaurie terbukti apabila dapur rumahnya terbakar pada tahun 1834, yang dikatakan berpunca daripada tukang masak rumahnya yang tidak tahan dengan penderaan yang dilakukan olehnya. Dari ruang dapur, api merosakkan semua permukaan rumah sehingga membawa kepada penemuan loteng rumah beliau. Penemuan loteng tersebut telah mengejutkan pihak bomba ketika itu.

Apabila pintu loteng Rumah Agam Madam Lalaurie dibuka, mereka sangat terkejut kerana menemui lebih sedozen hamba atau pembantu rumah yang diseksa oleh Madam Lalaurie. Ada yang dirantai ke dinding dalam keadaan yang dahsyat, ada yang diikat kepada meja operasi sementara( aku rasa, meja bedah mayat?), ada yang dikurung dalam sangkar yang dibuat untuk anjing,  bahagian badan manusia bertaburan di sana sini dan kepala dan organ-organ manusia juga ditemui. Pelbagai anggota badan yang dijadikan koleksi cenderamata mengerikan telah disusun pada rak. Sememangya ini adalah lebih dahsyat bahawa apa-apa yang dicipta dalam imaginasi manusia!!

Menurut akhbar itu, New Orleans Bee, semua mangsa di telanjangkan dan dirantai ke dinding. Sesetengah wanita  perut mereka dihiris terbuka dan perut mereka dibalut . Seorang wanita telah mulutnya disumbat dengan najis haiwan dan kemudian bibirnya dijahit ditutup. (Omaigad, Dasatnya! Ada manusia yang sangat kejam begini sekali T_T)
 Kuku telah dipatahkan dengan kasar, mata dicucuk keluar, dan bahagian-bahagian sulit dihiris sana sini. Seorang lelaki digantung dengan kayu terkeluar dari lubang yang telah digerudi di atas kepalanya. Kata mangsa yang masih hidup, ini bertujuan untuk mendera mereka perlahan-lahan.
 Mulut telah disematkan ditutup dan tangan telah dijahit untuk pelbagai bahagian badan. Apapun, ramai di antara mereka telah mati untuk sekian lama. Yang lain tidak sedarkan diri dan menangis dalam kesakitan, mengemis untuk dibunuh.

                                           Hamba dirantai dan kemudian diseksa perlahan-lahan

                                                  Ada luka yang dibiarkan tanpa dirawat

                                       Gambaran hamba-hamba diseksa di rumah Madam Lalaurie

Banyak lagi kekejaman yang dia buat, aku malas nak cerita panjang-panjang.Gambar sahaja sudah cukup membuktikan kekejaman wanita itu.

Namun, Madam Lalaurie dikatakan telah menghilangkan diri bersama keluarga dan tidak ditemui lagi, malah khabar dia pun dah hilang ditelan zaman, Persoalannya, masih hidup lagi kah wanita kejam ini?

Ada yang cakap, mereka melarikan diri ke Perancis dan lain-lain mendakwa mereka tinggal di dalam hutan di sepanjang pantai utara Tasik Ponchatrain. Namun ada khabar angin lain cakap diorang ni dilindungi saudara mara dan sahabat?

Walau apapun, Rumah Agam Madam Lalaurie ini dikatakan berhantu dan sangat sial. Penduduk di situ tidak mahu melalui rumah agam tersebut walaupun siang kerana tidak mahu dijangkiti sial.


Kesimpulannya disini, walau siapapun kita, kita tidak berhak menyakiti insan lain apatah lagi mahu menyakiti dari aspek fizikal dan mental mereka. Mereka adalah manusia sama seperti kita. Seharusnya insan yang lemah dibantu, bukan di tindas. Sesungguhnya, aku berharap, penindasan tidak wujud terhadap sesiapa pun di dunia ini.

                     STOP BULLYING. STOP ABUSING.CARE AND LOVE EACH OTHER




Pray for the Homeless people, Heal their Heart, Lord

Sekian Sahaja.

No comments:

Post a Comment