Tuesday 14 May 2013

Blair Waldorf Fashion :)

Helo Peeps,

"Do one thing before you go, Kiss Me, Chuck"

Awww...ini salah satu lines yang paling aku admire dalam drama bersiri terkenal Gossip Girl. Blair Waldorf atau nama sebenarnya Leighton Meester adalah watak utama drama ini dan watak yang aku paling suka sekali. Sesiapa yang menonton GG mesti tak boleh nafikan betapa pandainya si Blair Waldorf ini bergaya. Walau betapa rumit sekalipun hidup dia dengan masalah cinta yang berpusing-pusing dengan kawan sendiri, dia takkan pernah biarkan dirinya dengan gaya selekeh. Admire! hewwww :)


Dalam drama ini, Blair Waldorf merupakan best friend si Serena Van der woodsen. Drama ni betul-betul konflik..Permainan cinta antara sahabat, pengkhianatan dan ketakutan terhadap komitmen dalam Perhubungan. Korang kena tengok drama ni dulu, baru korang akan faham. Hehe!

Tapi, bukan sipnosis drama ini yang aku nak tekankan, aku cuma nak berkongsi fesyen-fesyen yang diguna pakai oleh si Blair ni. Serius! Dia memang pandai bergaya. Pada yang menonton, sama ada kita perasan atau tidak, Blair tidak pernah menggunakan seluar/pants/jean. Semuanya skirt and dress. So, pada yang nak bergaya macam Blair, kena lupakan semua itu. Mari kita tengok antara fesyen Blair yang menarik :)

1. Skirt and Dress

Ini memang wajib. Kalau tanpa dua perkara ini, Bukan Blair Waldorf atau Queen B namanya.



2. Classic Look.

Yang tengok drama ni, mesti perasan juga kan kalau si Blair berpakaian ala-ala klasik. Wow! Memang cantiklah. Dengan style rambut dia.



Style yang paling aku suka!



3. Pelbagai Warna dalam satu Gaya.

Yang paling aku respek tentang Blair, dia berani guna banyak warna..Macam warna kuning, dia pergi padankan dengan warna merah. Kalau aku, mesti nampak macam Kartun guna. Silap-silap orang ingat aku tak berapa betul. T_T.



                                Aku suka tengok kot dia. Lawa. Kalau aku guna, mcm mana plak?



4. Gaya tu mesti ada keperempuanan sikit. Girly lerrr

Si Blair ni bukan setakat pandai bergaya, dalam setiap gaya dia, dia mesti selitkan Girly diaaaa....Feminim gitu laaa...









5. Hairband style

Dan yang pastinya juga, si Blair memang suka guna Hairband. Aku start guna hairband bila aku tengok GG dengan harapan aku ada look ala-ala Blair!Hahaha.

Macam-macam style Hairband dia guna. Ini aksesori wajib dia guna. Nampak cute and Awesome bile gunaaa :P







Tiap kali tengok fesyen dia..;hati aku akan jeles..Bila lah aku boleh melaram macam dia? :(

Tapi, serius, disebalik lakonan dia yang berjaya tu, dia juga berjaya membawa Fesyen dalam drama bersiri yang Popular. Sedih, drama tu dah habis..tapi aku puas hati sebab dia akhirnya bersama Chuck Bass walau banyak perkara yang terjadi. Macam tak kena dengan topik je kan?hehe :P

Walau apapun, kalau nak bergaya macam Blair ni, kena konfident. Kena berani cuba benda baru. Dan kena sentiasa alert dengan latest. Keep up to date laaa..tetapi sekali sekala bergaya ala-ala klasik memang buat orang lalu lalang asyik melihat mu~auwwww.hahahahha.



Sekian, Terima Kasih.

               P/S: agak-agaknya, Che Ta sesuai tak pegang watak ni andai kata ada GG versi Malaysia?

No comments:

Post a Comment