Tuesday 4 June 2013

3 Hal Yang Pelik Tentang Saya.

Helo peeps..

Agak lama menyepi diri..well, saya busy sikit dengan Perayaan Gawai..Biasalah, semenjak study dekat Pantai Timur, saya langsung tak berkesempatan mahu menyambut Gawai bersama Family..sebab biasanya Final Semester mesti akan bermula awal June..aihh

Tapi, saya bukan nak cerita tentang ni..Saya nak cerita tentang perangai saya yang Pelik..Yaaa, yang Pelik. Kalau tengok dari luaran, normal jer. Manusia biasa..tapi saya banyak perangai pelik..Hahaha.

Apa Yang Pelik tentang saya yaa?

First, Saya tak berapa gemar membalas SMS, lagi lagi lah mahu menjawab call orang, kecuali dari Family. Saya pun tak tahu kenapa dan mengapa. Memang tak rajin, kecuali untuk benda-benda penting, macam, kalau lec bagitahu kelas kensel sebab masa zaman Universiti dulu, saya kerap sangat jadi Kelas Rap..Hahaha..Saya pun tak tahu kenapa..Mungkin muka saya nampak Nerd. T_T...Saya kalau bersms pun, biasanya dengan BFF atau Bapak saya..yang lain-lain tu..hmmm, sebab saya banyak kes juga..saya nampak ramai orang macam acuh tidak acuh mahu layan then, sejak tu saya mula malas mau bersms..Kalau call, memang dari dulu macam tu..Saya pun tak tahu kenapa..walau call tu dari crush or ehem-ehem, entah, saya tidak berminat dan tidak berminat mau jawab, melainkan dari Keluarga.


  Walau kata orang, kredit boleh jimat sebab kurang sms, tapi aku kerap juga topup sebab nak main intenet.


Selalu buat alasan, macam HP Silent, Tidur dan Mandi kalau tak jawab Call orang. Sorry, kalau you ade terbaca post ni dan tahu alasan kenapa saya jarang nak jawab call You. :(



Second, saya lebih suka memilih jalan yang rumit dan susah walau ada jalan senang terbantai kat depan. Tak faham ke statement ni? Okay, macam ni maksudnya..Sebelum Gawai ni, My Mom ade bank in duit untuk beli tiket flight untuk balik Kuching dan balik Sibu..Tetapi, saya memilih untuk guna bus ekpress. My mom tanya:

My Mom: Sanggup ke duduk berjam-jam dalam bus? Duduk bersebelah dengan orang yang tak dikenali? Kalau dapat orang sebelah yang berbau badan macam mana?

Me: Takpelah Mak..bukan selalu..Nak biasakan diri.

My Mom: Hmm..ikut suka kau lah..kalau nak flight, kan senang. Setengah jam je dah sampai.

Baiklah..saya guna ekpress juga akhirnya. Saya lebih suka bersusah sebab saya nak belajar. Saya mahu merasai kesusahan itu. Saya tak mahu berada dalam zon selesa dan selamat selalu. Sebab saya percaya, benda-benda macam ni la yang mengajar saya erti menghargai semua perkara dalam hidup. Sungguh, memang penat mulanya dan agak menyesal, tapi bila dah separuh jalan, saya mula asyik dengan pemandangan dari sibu-kuching..kalau mereka yang biasa guna jalan tu mesti menyampah dengan statement saya, tapi sungguh, saya enjoy all the view. I really love it! At least, saya sudah belajar jalan dari sibu-kuching. saya tahu jalan mana, nama bandar-bandar yang saya lalui sepanjang perjalanan. Melihat pelbagai karenah dan ragam penumpang.Syukur, saya berjaya menempuh segalanya sendirian walaupun sampai rumah pada waktu penumpang. Thanks, bro sebab memandu bas dalam keadaan berhemat dan cermat.


Inilah yang saya percaya. Jangan sentiasa mahu mencari Jalan mudah kerna banyak yang kita boleh belajar dari jalan susah.


Nice inspiration to share. Teringat satu quote..You care to share, we share to care.

Third, Saya tak berapa gemar kalau ada yang like Gambar yang saya upload di Fb, Status yang saya Post or Something yang saya Share. Serius, saya memang tak suka. Kalau saya tengok status yang saya post, ada orang yang like, sejam kemudian, konfom saya akan delete kan. Entah. Memang tak suka dan tak suka. Kalau gambar yang saya upload, orang siap likes dan komen, lagilah saya tak suka. Konfom, saya akan pergi setting kan..grr..boleh tak kalau korang just scroll je, tak perlu mahu like atau komen? Kalau saya letak description macam ni, orang akan cakap saya ni perasan diva, konon macam mahu raih perhatian orang..tapi serius, memang saya macam ni. entah, rasa malu tu menebal kalau ramai yang pergi like status yang saya post..saya sentiasa berharap kalau tiada yang like or komen status saya sebab saya mahu kekalkan post tu..tapi dah tabiat, kalau tengok jumlah like tu 3 ke atas, siaplah, tangan nak delete. Pernah saya suarakan hal ni pada kawan, tapi diorang cakap, lah, jangan la main FB..deactive kan saja account. Lol. Hak saya lah mau buat apa pun..Hahaha..aihh..agaknya, sikap ini akan sentiasa berterusan dan berterusan..


Unlike this button!


Like this button!


P/s: Saya percaya, setiap manusia tu memiliki sikap yang aneh dan pelbagai..cuma gunakanlah kepelikan anda itu sewajarnya..jangan sampai menyusahkan ramai orang.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment