Wednesday 19 June 2013

Beberapa Penyesalan



Helo peeps...

Pernah tak korang tetiba je satu hari tu duduk atau baring, then terfikir beberapa perkara yang korang menyesal sebab tak pernah buat sebelum ni?

"Alaaaa, menyesalnya sebab tak buat macam tu dari dulu,kan dah sia-sia sekarang.
"Menyesal betul aku lah..kalau tak, tak jadi macam ni sekarang.
"Kalaulah aku ambil keputusan tu, dan tak pilih yang ni. Hurmm.

Korang mesti pernah macam ni kan? Menyesal dan menyesal..sampai buat Aasyik terfikir tentang benda tu seminggu, sebulan dan mungkin bertahun-tahun..Yang teruk, sampai melarat kesihatan..Ada kes macam ni..Huhu.

Kalau Min, ada banyak perkara yang Min menyesal sebab tak buat sebelum ni jika Min pandang semula ke belakang. Readers, Bukan Min masih nak mengenangkan cerita lama, jauh sekali tak bersyukur dengan apa yang Min ada, cuma, tak salah rasanya jika bercakap tentang ni..x salah rasanya..Hehe..Sebab Walau apapun, Penyesalan tetap Penyesalan. Apa yang berlaku pada hari ini kita tidak mampu mengubah kerana semalam sudah menjadi sejarah.


Agak-agak korang, apa yang nenek ni sesalkan?


Sebenarnya,,jika kembali kepada 3 atau 4 tahun yang lepas, banyak benda yang aku sepatutnya buat, tapi tak buat dan sepatutnya tak buat, aku pergi buat..dan serius, aku menyesal sangat dengan apa yang terjadi...

2002

Aku nak imbas kembali masa darjah enam punya zaman..Kalau tak silap aku, Tahun 2002.. Aku berbuat benda yang bodoh, sekaligus meranapkan persahabatan aku dengan mereka sampai sekarang. Sampai sekarang, hubungan persahabatan itu masih dingin dan mungkin Si A masih enggan memaafkan aku..Aku bersekolah di sebuah sekolah rendah di sebuah pekan kecil di Sarawak..dan aku berkawan rapat dengan 3 orang gadis Melayu ni. Si A, B dan C. Well, hanya aku yang non muslim, tetapi mereka masih melayan aku dengan baik. Hehe..tetapi biasalah, aku ni memang banyak songeh sikit dan aku tak tersengaja telah menguris perasaan si A..dan automatik, mereka pulaukan aku. Aku tak salahkan mereka sebab aku memang layak dipinggirkan atas kesilapan aku. Walau apapun, aku berharap hubungan itu dapat dijernihkan walaupun kami beberapa tahun tak jumpa. Diorang pun aku tak tahu ke mana. Aku minta maaf ya kawan.

Mengimbau kembali zaman persekolahan


2005

Baiklah..masa ni, aku menyesal sebab tak terima tawaran ke sekolah berasrama penuh sains mara..sungguh menyesal dan menyesal..Kalau aku terima, mungkin aku berada di tempat yang lebih baik..namun, Pencapaian aku pada tahap ini boleh dikatakan membanggakan, walaupun tak jadi Marine Department officer lagi. Hihi..Tapi, aku ingat lagi reason aku tolak MRSM sebab aku taknak jauh dari emak, ayah, adik, dan rumah. Pokok pangkalnya, aku takut sebenarya..dah tu, aku study dekat Terengganu pulak..lagi jauh..balik pun sekali je setiap semester..


2007

Kalau tahun ni, adehhh..agak membengongkan bagi aku sebab aku confess dengan seorang lelaki ni, budak lelaki yang aku minat die..agak Palui disitu..dahla kena reject..ehhh..sungguh menyesal aku :(. Tahun ni juga tahun aku SPM..macam-macam kisah..aku pernah sebabkan cikgu yang ajar aku subjek Pendidikan Moral Menangis..menyesal aku,namun semuanya dah settle sebab aku minta maaf. Sorry, cikgu. Taknak buat lagi.


2009
Tahun ni agak buruk juga..sebab tahun ni aku bergaduh teruk dengan coursemate aku sampai berbulan-bulan tak tegur..Habis stpm baru kami okay..Bukan apa, tak sedap lah kalau tak bercakap dengan kawan sendiri..kelas yang sama pulak tu..Sememangnya aku dan isu persahabatan takkan pernah selesai. Tahun ni juga tahun aku dikecewakan teruk-teruk sampai aku ambil masa 2 tahun utk lupakan lelaki tu. Let the past gone, then.


2010-2012

Menyesal betul masa zaman universiti ni aku tak ambil peluang untuk kuruskan badan. Menaikkan berat badan adalah sedangkan dekat universiti ada trek dan kolam renang lagi untuk kuruskan and maintainkan badan..dan satu lagi, aku jauh dari rumah, means, aku boleh kawal makanan..tetapi, nafsu makanan sememangnya tak mampu dikawal lebih-lebih  kalau ada Keropok Lekor..hahahhaha..Kalau la aku berjaya kawal pemakanan dan menguruskan badan, konfom aku lebih lawa daripada che ta. Hihi.

2013
Aku menyesal sebab pergi confess juga dengan seorang lelaki ni, merangkap kawan aku juga yang aku suka dia..sebab kena reject mentah-mentah...aishh..Menyesal. Baik aku diam jer kalau aku tahu. 



Tetapi aku tertarik dengan satu ayat ni "Jangan pernah sesali dengan apa yang telah kau buat, kerana pada suatu ketika dahulu, itulah yang kau mahukan"

Damn, ayat ni memang betul. Menangis air mata darah pun, kita tak dapat kembalikan masa lepas. Kita hanya mampu menyesali, namun tidak boleh berbuat apa-apa. Past is Past.

Jadi, lebih baik kita lupakan yang lepas dan fokus ke hadapan. Tetapi, jangan lupa, pandang ke belakang sekali sekala agar kita sentiasa ingat kita takkan mengulangi perkara yang sama dan merasai penyesalan yang sama.

Hidup lah sebaiknya. Nikmatilah sewajarnya. Hargailah mereka dan sekelilingmu. Apa yang kau ada pada hari ini, mungkin akan hilang dalam sesaat dengan Kehendak-Nya.

Sekian Terima KASIH.

No comments:

Post a Comment