Monday 17 June 2013

Bila kita menyakiti Hati orang lain tanpa kita sedar

Helo peeps..

Ugh, tengok topik post kali ni, agak berat dan touching sikit..Huhu..Aku rasa, semua orang pernah mengalami keadaan macam ni..Tiba-tiba jer ada kawan atau kawan spesial marah, tak bercakap atau tak pedulikan kite..Kite mulai pelik dan bila kite tanya, no response..Then, alih-alih kite tahu dia terasa dengan perkataan dan perbuatan kita walaupun kadang-kadang bukanlah kita sengaja kan pun :( T_T.



Aku selalu kena macam ni..Sememangnya kesilapan datang daripada aku sebab sikap aku yang agak kasar dan mulut aku yang agak laser..tetapi percayalah, bukan aku bermaksud..kalau aku explain panjang-panjang pun tak guna rasanya..

Ada beberapa sebab:-

1. Terkeluar Perkataan yang Member tak suka dengar

Benda macam ni yang selalu kena kat aku sebab mulut aku ni payah nak kontrol. :(. Ada satu keadaan tu aku terpanggil member aku ni Gemuk, terus die kecil hati. Aloh, kite gurau jer..yang awak dok caya tu pesal? Sedangkan awak tau awak tu kurus macam Victoria Bekem.

    2. Rapat dengan Lelaki/Perempuan yang Member sukaaaa

Ini pun pernah terjadi..dan rasanya 3 kali benda ni terjadi kat aku..Member yang rapat tiba-tiba jauhkan diri..Rupa-rupanya dia cemburu sebab tengok aku rapat dengan lelaki yang dia suka. Sorry, kawan..Aku memang tak tahu benda ni..Kalau aku tahu, jangankan rapat, tengok die pun aku takkan.


3. Sibuk Tanya tentang Hal peribadi 

Aku ada sorang member..yang memang taknak kami tanya pasal family dia, siapa bf dia..Well, kami respek lah sebab itu hak dia kan..sebab aku percaya, bukan die berminat nak rahsiakan, jauh sekali sembunyikan semua itu, cuma aku berpegang pada prinsip PRIVASI. Tak semua kisah dalam hidup kita tu kita kena ceritakan. Sorry, peeps, not interested :P


Itu antara sebab kenapa kadang-kadang kita boleh lukai hati dan perasaan orang lain, terutama member kita sendiri..Cuma dia tak nak bagitahu sebab nak jaga perasaan kita, cuma kita boleh sedar perubahan perangai dia dengan kita. Tiba-tiba dia berdiam diri. Tiba-tiba dia menjauhkan diri. Tiba-tiba dia tidak semesra dulu. Kalau ada simptom-simptom macam ni, baik korang pergi cek cepat-cepat..Jangan cepat melatah, cakap baik-baik :)

Kalau ikut situasi aku sekarang, aku telah melukai hati seorang kawan ni, gara-gara aku rapat dan bersms dengan lelaki yang dia suka..bukan setakat suka, dia memang serius sayang dengan lelaki tu..Diorang ada history sebenarnya..cuma kerana salahnya waktu, salahnya masa dan salahnya zaman, maka mereka tergantung begitu..Harapan aku, semoga korang berbaik semula..sejujurnya, apa yang baik bagi dia, baik lah bagi aku. Izinkan aku mengundur diri daripada situasi itu. Aku enggan berebut kerana aku tahu, hak orang, haruslah kembali kepada tuannya yang semula. :)

Walau apapun, biarpun kita dalam keadaan marah dan kecewa sekalipun, jangan mengambil keputusan bodoh atau bercakap tentang sesuatu yang mungkin akan buat kita menyesal pada masa hadapan. Berfikirlah sebaiknya sebelum bercakap. Teliti perbuatan dan tingkah laku. Adakah ia menyenangkan mereka-mereka yang di sekelilingmu? Yep, memang hati semua pihak kita tidak puaskan, sebab manusia itu, fitrahnya sendiri yang tidak pernah akan puas dengan apa yang mereka ada, namun aku percaya, ramai yang masih mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk kan?

Bha..agak panjang celoteh aku kali ini. Lastly, buat si kawan, Kawan, sorry ya, aku tak tahu kisah kamu berdua. Aku tidak tahu wujudnya cerita itu. Andai aku tahu, sudah pasti aku tidak mahu menjadi watak tambahan kerana pastinya tanpa aku, cerita kalian berdua sangat indah.



P/s:  For every minute you get angry, you lost 60 second of Happiness. Don't get mad easily. Haha. Keep Beautiful and Handsome, everyone


That's all. 

No comments:

Post a Comment